Friday, 30 December 2011

Kenapa dulu aku tak benci tapi sekarang aku menyampah giler dengan K-pop

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane.

Berdasarkan tajuk di atas, aku rasa mesti korang semua tahu ini adalah entri melepaskan geram. Sejujurnya aku memang jarang nak buat entri-entri macam ini dan entri ini mengandungi rasa benci yang amat dalam dan rasanya dan harap-harapnya ini adalah satu-satunya entri berbaur kebencian peribadi macam ini.

Mari kita mulakan kisah. Pada suatu hari cuti, aku pasanglah "something" kat komputer yang disambungkan dengan TV. Aku tak ingat tapi yang pasti ia adalah rancangan/konsert/cerita jepun. Lama jugak la aku pasang. Lantas aku terus di"sound" oleh kakak aku supaya kasi mak aku tengok TV. Dia kata pasanglah sesuatu yang mak aku nak tengok. Hello, mak tak pernah miss sinetron dan cerita yang dia ikut. Pastu, selalu aku beralah tak tengok wrestling pasal mak nak tengok TV. Pastu dia cakap suruh pasang cerita yang orang lain pun paham. Aku pun defend la balik yang dia pun selalu pasang rancangan variety korea kat TV selalu. Pastu jawapannya, ada subtitle. Ni lah masalahnya. Main cakap semberono. Tengok pun tak pernah, mana nak tahu apa yang aku pasang tu takde subtitle? Dia ingat aku paham sangat ke bahasa Jepun tu? Aku pernah nampak ada DVD konsert Rain kat bilik dia satu masa dulu. Kalau aku nak cakap semberono boleh je, ada subtitle ke konsert tu? Aku ada konsert V6, FULLY SUBTITLE. Dari lagu, sampai la cakap-cakap. Rancangan variety jepun aku yang takde subtitle rancangan V6 je, yang lain semua ada subtitle. Rancangan V6 "Gakkou e Ikou (Let's go to school)" tu paling banyak aku ada. Dan BANYAK YANG ADA SUBTITLE. Aku pernah pasang cerita "Kuitan", fully subtitle. Mak tengok dengan seronok sekali. Aku pernah pasang movie animasi Jepun sekadar nak promote, pastu aku tak tengok, kalau mak rasa tak best aku tutup. Mak tengok cerita tu sampai abis. Buktinya ialah kat salah satu video Nia yang dimuat naik di facebook. Aku tengok kakak aku, ok je dia dengar lagu korea, tak tahu la kalau dia boleh cakap korea. Sebab tu aku belajar cakap korea, mana tahu satu hari nanti boleh berborak dengan dia dalam bahasa korea.

Yang aku panas hati tu pasal dia cakap main sedap molot je. Tak de bukti nyata. Dia tak pernah pun tengok video-video jepun yang aku pasang. Kalau aku pasang dia duduk bilik je. Mana dia nak tahu aku punya ada subtitle ke tak?

Ada subtitle kan? Oh, dan penontonnya LIVE dan bukan DIRAKAM


Yang paling mengecewakan aku sekali ialah kakak aku tu berjaya mempengaruhi semua orang untuk ketagihan rancangan variety korea. Dan SANGAT BERJAYA. Adik aku, abang aku, kawan adik aku semua ketagihan rancangan variety tersebut. Aku pelik la, rancangan "Gakkou e Ikou" tu kelakar, ada mesej yang baik, DAN BERTAHAN SELAMA 11 TAHUN. Aku rasa inilah masalah orang melayu. Suka seronok kosong. Dan aku bercadang nak terbitkan "Gakkou e ikou" versi melayu satu hari nanti, tapi mungkin akan aku kuburkan sahaja hasrat tu kerana rancangan itu akan lingkup sekelip mata. Walaupun Jozan yang mengacara.

Aku tak faham dengan manusia sekeliling aku. Mereka tak pernah bagi peluang kepada aku untuk berkongsi hobi dan minat aku. Masa aku kat U dulu, aku sorang je layan Jepun, takde korea tapi diorang ada clan DOTA. Aku sendiri, Kat rumah aku, aku bukan tak pernah nak promote, aku dah cuba tapi mereka tak pernah nak menyokong apa yang aku minat. Apa yang boleh aku buat? Pindah pergi Jepun? Aku belum pandai cakap Jepun. Kalau aku tak ada agama, aku rasa dah lama aku bunuh diri. Seriously. Aku betul-betul rasa sendiri, tak ada sesiapa "secitarasa" dengan aku. Aku tak tahu di mana ada tempat di dunia ini yang ada orang "secitarasa" dengan aku.

Aku dulu tak benci dengan K-pop ni, aku pernah habiskan tengok cerita "Yu-Hee The Witch" dari mula sampai habis. Masa KARA masuk pasaran Jepun, aku suka diorang. Sekarang pun suka jugak sebab K-Pop masuk pasaran Jepun, diorang kena alih bahasa lagu diorang kepada bahasa Jepun, bukan macam Malaysia. Kalau industri hiburan Uganda tengah "Hot" pun orang Malaysia layan gak lagu Bahasa Swahili.

Aku mula minat balik wrestling pasal abang aku selalu tengok pasal tu aku minat balik. Tapi sekarang abang aku dah tak tengok sangat wrestling. Makanya, aku sendiri lagi.

Akhir sekali, aku nak berterima kasih sebab bapak aku percaya untuk memberi aku assignment untuk buat lirik untuk hari keluarga nanti. Lagu guna lagu yang dah sedia ada. Sejujurnya, aku tak nak pergi pun hari keluarga ni sebab aku akan menyendiri lagi. Bukan sebab aku nak, tapi aku terpaksa. Sebab aku tak ada topik pun nak kongsi sebab tak ada sesiapa berkongsi minat dengan aku.

Jangan salahkan aku bila aku menjauhkan diri...

p/s: Aku terpaksa luahkan akhirnya dengan penulisan, sebab bila aku marah, aku tak dapat meluahkan dengan kata-kata, biasanya aku menangis...
pp/s: Selamat tahun Masihi 2012

6 comments:

  1. chillex sudah.... x semua org sebulu ngan kita... every each of us punya citarasa yg berbeza dan pastinya berlainan sedikit... juz be what u wannabe... asalkan u happy n x kacau org laen... it's ok... like me i love to watch this malay series walaupun org cakap ntah ape2... sampai depa habaq yg i ni not up 2 date juz bcoz i x tgk glee, gossip girls, survivor n stuff... wat 2 do dh taste masing2...

    ReplyDelete
  2. @Anonymous, betul la tu, tapi kenapa tak ada seorang pun yang "secitarasa" dengan aku? Tu membuatkan aku rasa sendiri. Aku tak dapat nak berkongsi keseronokan menonton rancangan yang aku suka. Tak ada sesiapa nak diceritakan keterujaan kita. Tahu kan rasanya bila kita tak dapat berkongsi rasa seronok dengan orang lain? Aku bagi contoh dialog la:

    Orang 1: Ko tengok tak semalam yang dia ni main game ni pastu bla,bla,bla...
    Orang 2: Haah, tah pape ntah...

    kalau aku,
    Aku: ko tengok tak semalam sakamoto kena buli lagi?
    Orang lain: ???
    Aku: ... (Okey, abaikan, aku takkan cakap pape lagi...)(cakap dalam hati...)

    ReplyDelete
  3. aku salu tengok sakamoto kene buli bal
    ;p
    rileks2..

    ReplyDelete
  4. ala relax la bal...ko nk tgk cite jepun ke wrestling ke, tgk je jgn ko pedulikn sgt ckp org lain, dh ko minat yg 2 nk wt cmne kn...ak sbnrnye minat jg cite2 drama jepun ni tp yg ditayangkn kt tv msia ni limited la n yg ak ske tgk kt youtube psl rncgn tv kt jepun, bab2 die kne kn org ala2 just for laugh 2, best gile kdg2 kesian ak tgk diaorg kne...hehehe...bab k-pop 2 ak xnk komen la sbb ak mmg fan kipas k-pop (tp lagu2nye download 4share je, fan la sgt, KONONNYE...hahaha)...ko xde wt lagu2 br ke bal???

    ReplyDelete
  5. Apa yang kita suke tak semua orang suka bro..ko kena rilek tak perlu emosional.Ko kena paham persekitaran dan orang lain gak kalau kau nak orang lain memahami diri ko tu.Ko kena mendekati diri ngan orang lain dulu baru orang lain pon dekat kat kita...hidup ni tak susah yang buat dia susah kita sendiri yang tak nak tolerate dan menerima orang lain.Betulkan persepsi kita dengan orang lain, bersihkan hati, jangan berburuk sangka dengan orang lain..orang yang berjaya mesti kuat semangat, buat apa yang kita percaya sampai berjaya , tidak putus asa...ko ni ada personaliti problem ni bro....cuba lah muhasabah diri kita dulu...semoga berjaya dan jangan ko blame plak apa yang gua tulis ni...gua pun cuma menggunakan hak gua sebagai kawan memberi pendapat je..ko nak terima terima tak nak abaikan je..gua tak nak gadoh dengan lu hahaha.selamat tahun baru...2012.

    ReplyDelete
  6. sedih plak aku bc cite ko nie bal...tp aku xbc smua...aku agak je jln cite nyer...haha...
    aku minat lglh wwe...tp asyik ttdo awal jer...kn kna bgn awl...pnat keje lg...2yg dh byk tgl...aku tanye ko sllu ape???
    minat ko dgn minat org kt umh 2 aku xleh campurlh..biasalah 2..aku pun dlu tgk wwe sorg2 ape???byklh bnda lain lg yg aku tgk sorg2 o.lain xtgk..ko jer xtau..

    ReplyDelete