Wednesday, 13 January 2010

Bukan Fiksyen

Denai-denai...Lorong-lorong...
Semua telah mereka sediakan,
Kau pula menyambut mesra
salaman mesra mereka

Aku buka laluan baru
Namun sepi dari sambutan
Jalan mereka itu fiksyen
Tapi ramainya yang memilih sana

Indahnya sains
Kolotnya agama
Mawar indah ditabur di denainya
Jangan sampai terpijak durinya

Merekalah Ahli Fiksyen
Merekalah menghasilkan fantasi realiti
Menjadikan kita mempercayai
realiti itu relativiti

Mereka memperbodohkan kita dengan cara terhormat
Mereka membuat kita tak percaya diri sendiri
Mereka membuat kita sangat perlukan mereka
Mereka membuat kita tak lagi mempercayaiNya

Di mana DIA?
Mengapa DIA membiarkan kita sengsara?
Apakah tidak kita disayanginya?
Inikah bukti cintaNya?

Wahai teman, apakah benar kau mencintaiNya?
Kalau nak dicintai, mengapa tak mencintai?
Berani kau meragui cintaNya?
setelah berkali kau curang kepadaNya?

Kau beruntung kerana DIA Maha Pengampun,
Masih kau ragui cintaNya?
Pernahkah kau menerima cinta tanpa menguji kesetiaan?
Pernah kau tertanya inikah ujian kesetiaan cintaNya?

Kepada DIA yang nyawaku di tanganNya,
Andai syurga tempatku kelak,
Berilah kekuatan untuk melepasi ujian-Mu,
Andai neraka tempatku kelak,
Selamatkanlah aku dengan hidayahMu...

Rabu 23:59
27 Muharam 1431H
13 Satu 2010M
JM5/9

Ini nasib je kalau ade orang tekan click here for the rest entry. Benda ni aku tak tahu sangat nilai keseniannya cuma apa yang boleh aku katakan, masih belum sampai tahap bapa aku lagi...ini cuma luahan hati sahaja...sebab aku tengok ramai orang-orang yang dah jadi macam orang-orang di sawah. Diam saja...ikut saja...malangnya, kebenaran telah tertutup dari pandangan mereka gara-gara mereka sendiri. Sama-samalah kita fikirkan dan sentiasa berfikir...

p/s: entri ini dihantar pada pukul 00:00...cantek..

6 comments:

  1. Kita hidup di dalam dunia di mana yang kuat menindas yang lemah, yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin...
    Kita hari ini memikirkan apa yang patut kita makan hari ini..
    Tetapi ada di tempat lain.. mereka memikirkan APA YANG BOLEH DIMAKAN hari ini...
    Kita di sini membazir makanan...
    Meraka di sana sanggup bergaduh kerana sebuku roti..
    Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. kita mungkin tidak mampu membantu mereka banyak... tapi sekurang-kurangnya... kita hormatilah mereka... dan ambil iktibar dari apa yang telah menimpa mereka...
    Wallahualam...

    ReplyDelete
  2. Zow, kita skrg ni mkn duit Riba...

    ReplyDelete
  3. ada unsur-unsur noreagaa ni...huhu

    ReplyDelete
  4. Yeke? mmg bnyak bce blog FOM pon...hahaha...

    ReplyDelete
  5. Majlis fatwa Malaysia x keluarkan fatwa lagi...
    Lgpun ko berkemampuan, knp still pinjam?
    Klu mencuri sbb takut mati kelaparan tak kena potong tangan, tapi kalau dah kenyang tapi masih nak mencuri, kena potong tau...
    Wallahualam...

    ReplyDelete
  6. Aduhai...alahai
    Bagaimana agaknya dapat aku meluaskan skop pandangan anda wahai saudara Zow?
    Anda tak melihat apa yang dapat saya lihat...
    Anda gemar untuk melihat dengan mata zahir tapi bukan dengan mata hati...
    Bukankah Allah itu dekat di hati?(maafkan saya kalau anda tak memahaminya)
    Sesungguhnya hati kamu telah dibutakan oleh ahli fiksyen dengan penemuan2 saintifik yang mengujakan.(maaf kalau salah)
    Hasilnya kamu menghakimi sesuatu dengan mata zahir dan bukan dengan mata hati.
    Saya rasa sebaiknya saya tak mahu lagi berbicara tentang ini dengan saudara.
    Kerana saya rasa, saudara belum dapat memahami apa yang cuba saya sampaikan.
    Sebaliknya mencari sisi2 jelek dalam agama.
    Mungkin kamu rasa jalan yang saya pilih ini jalan salah. Mungkin juga. Namun saya sering berdoa agar dibetulkan landasan saya andai saya tergelincir.
    Sesungguhnya saya tak membawa ajaran baru dan sesat, saya cuma mengajak untuk kembali kepada ajaran yang hakiki.
    Gelakkanlah aku,anggaplah aku gila. Aku tak kisah.
    Dan maafkan aku kerana sering beremosi kerana aku yakin agama dan bangsa aku itu emas, bukan kertas.
    (maaf kalau x megerti...)

    p/s: Saya cuba menahan emosi sekarang ini kerana kalau diikutkan nafsu, saya memang sangat panas hati dengan saudara, kerana itu saya menulis dengan gaya penulisan sebegini...
    Sekali lagi, maaf kerana saya sering beremosi...

    ReplyDelete