Friday, 13 November 2009

Bukan Sajak

Modenkah kita?
Bila kita mula mengorbankan Tuhan kita
Demi untuk kemajuan
Berbaloikah ilmu kita
Bila kita tak pohon izin dari tuannya
Sedarkah kita
Saban hari bersolat
Namun benarkah pengakuan kita kepadaNya?

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."

Benarkah Allah yang kau sembah?
Benarkah Allah tempat kau minta pertolongan?
Pastikah bukannya dunia yang kau sembah?
Pastikah bukannya ilmu yang kau minta pertolongan?

Apakah kau tak yakin Allah akan memodenkan kamu?
Mengapakah kau takut untuk mengubah kiblatmu
Dari hiburan kepada hakikat.
Kau bukannya jahil
Malah terpelajar
Yakinkah kau dengan syurga neraka?
Yakinkah kau dengan dosa pahala?

Mengapa Allah tak kau takuti?
Mengapa mereka yang kau jilat?
Mengapa murah benar menjadi pemuja mereka?
Ketahuilah, dunia yang mereka pegang tak bernilai dan sementara
Akhirat jua yang kekal dan berharga.
Tolonglah percaya.

Orang dulu dah bilang,
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian,
Bersusah-susah di dunia, bersenang-senang di akhirat.
Ayuh tewaskan senang-lenang kita, jom bersusah-susah,
Biarlah ia sebagai pelaburan yang pasti.

Pemuja Ilahi
Iqbal Nasir 0:50
26 Zulqaedah 1430

11 comments:

  1. tapi x puitis pun... pasal tu namanya bukan sajak...

    ReplyDelete
  2. ebal,

    rumah dibangun oleh tiang
    dari gunung dan hutan dia datang
    berdiri gagah
    setelah bertahun mengumpul
    kekuatan.

    manusia dibangun oleh jatidiri
    dari lembah gelap dan samar samar
    ia merangkak keluar
    dengan janji setia
    mengharung samudra baru.

    tiada yg kekal dalam sementara
    kekuatan purba hanya mimpi
    menipu, memperdaya.

    sementara kau dingatkan
    jalan lurusmu mulai beraleh
    kau malah melirik, sinis sekali.

    aku tidak kisah diriku.
    tapi kau yg pernah bersalaman
    mampukah mendengarkan rintihan,
    erangan sayu dari lembah hitam!

    pagi ini sangat indah dan jernih
    esok dan akan datang beginilah
    tapi kau dimana?
    aku tidak ingin sendiri.
    datuk ku juga sedih kala sendiri.
    kemarilah, mendekatlah

    keindahan ini tiada dalam mata.

    ReplyDelete
  3. "jalan lurusmu mulai beraleh"
    maksudnya? adakah silap kerana ia suatu luar sedar...

    ReplyDelete
  4. waa...xpaham~huhu :(
    ebal,terangkan sikit...pliz3...dgn bahase yg mudah..hehe :)

    ReplyDelete
  5. kata-kata itu bukan ditujukan kepada ebal,
    ianya ingin menggambarkan perasaan ebal
    dalam mengingatkan kawan2 ebal.
    sementara kau di ingatkan, jalan lurus mu mulai beraleh'
    bermaksud ebal cuba mengingatkan mereka telah mulai leka. bukan ebal yg telah berubah/leka.
    kalau abah,
    begitulah cara abah mengingatkan,
    orang lama memang banyak berkias.
    budak sekarang tidak
    itu sebab budak farisa tu minta diterangkan.
    tapi ok lagi cos dia ada minat nak tau..
    memang generasi ini melelahkan.

    ReplyDelete
  6. 1st coment with new com.

    ReplyDelete
  7. hehe..time kasih pakcik..mintak maaf la..saye mmg begini.. :)

    ReplyDelete
  8. bgus wlpn ko kate xpuitis tp bg aku ttp sm jwpnnya iaitu "mkn dlm"...

    ReplyDelete
  9. tumpang lalu... sje nk komen.. huhu~

    ReplyDelete
  10. x de hal la...pesal x komen kat entri paling latest?

    ReplyDelete