السلام عليكم
dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada sahabat dan taulan yang berada di mana sahaja. Sebenarnya, saya ingin membiarkan entri ini selama beberapa hari. Tetapi pada komen ke-3 pada entri sebelum ini, saya bercadang untuk menghantar juga post ini sekarang. Kewujudan blog persatuan keluarga Sakijan Saamah. Tak apa, nama Jawa pun Jawalah. Memang kita berdarah Jawa, nak buat macam mana? Saya tak sangka pula ada blog tersebut. Saya dah ada jenguk dan singgah ke blog tersebut. Dan di entri terkini, ada menyebut tentang blog ini. Domo arigatou... tetapi, saya cuba nak komen, tak dapat. Macam mana tu? juga kalau boleh letaklah chatbox... simple tapi bagi saya pengisiannya adalah sangat penting, oleh itu sangat penting untuk menentukan warna tulisan agar dapat dibaca. Dan saya dapat membacanya. Okey la tu...cuma masalah komen dan chatbox perlu dibaiki. Kalau kawan-kawan nak singgah pun apa salahnya. Tapi yang utama adalah dengan wujudnya blog itu, kita taklah "berjauhan" walaupun jauh di mata. Nanti saya letak link dia kat bawah ni...Ada pengumuman juga nak beritahu di sini, saya setelah sekian lama berehat dari berkarya, saya akan membuat 3 penamat bagi cerita "senyumanku untukmu"... atas permintaan dari jauh, yakni dari Amerika, saya buat jugalah... walaupun sebenarnya saya tak bercadang membuat penamatnya...juga lagu baru dari saya untuk team nasyid SDAR yang sekarang sedang dikepalai oleh form 1 saya, lagu yang bertajuk SEDAR... Korang tunggu je...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum Iqbal,
ReplyDeleteIni bibik Sham... saja terpanggil untuk memberi komen, atau ulasan sebenarnya... Tahniah kerana telah membina blog sendiri, sekurang-kurangnya anda telah mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Yalah ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah, Syabasss...
Pandangan Iqbal boleh juga mewakili generasi sekarang sebenarnya. Bagus juga kita dapat berkongsi idea dalam medium sebegini sebab kadang-kadang ada benda yang kita tak dapat sembangkan secara langsung dapat kita luahkan dalam cara begini. Lagipun inilah tuntutan zaman sekarang.. Walaupun bibik bukanlah warga senior sezaman dengan emak atau bapa Iqbal tapi zaman bibik remaja dulu, kemudahan sebegini sangat terhad. Apatah lagi kedudukan sebagai orang kampung yang dhaif lagi naif... Okeylah.. Apa yang bibik nak cakap di sini bibik memberi sokongan di atas usaha Iqbal ini. Memandangkan dah larut malam ni, lagipun esok bibik jaga wxam PMR, so adios dulu. Lain kali kalau bibik lapang, bolehlah bibik tulis lagi.
trima kasih atas sokongan, mmg itu yg diperlukan...
ReplyDeleteebal, abah ni,
ReplyDeletemasukkan lah blog persatuankeluargasakijansaamah
dalam link blog orang lain.jadi bilehlah dilayari terus. kalau dalam entry ini; sok ebal dah tukar entry ianya akan tercicir.
kalau boleh la..
Boleh...
ReplyDelete