Wednesday, 5 August 2009

I don't understand, wakannai,tak faham la...

Assalamualaikum and good day everybody, last 2 entry is about pause, Hazwan asked me what is that poem all about. While my other friend kept asking me when will I pause this blog. Be patient my friend, I will pause it when all my important issues is told here. Actually I want to give my full commitment to complete my first novel, entitle 'Jadi Satu'(become one). My last entry is a bit different because the scope is about serious thing, religious. I'm not being an ustaz, just concern about the condition nowadays. However, this post is back to be light. It is about girls. What is this all about??? click READ MORE for the story... Jangan risau, versi Bahasa Melayu ada di bawah kalau anda kurang memahami Bahasa Inggeris...

Recently, it become a phenomena for my roommates to talk about girls. Damn it, I don't get anything, I can't cope with them, because I don't know much about girls in my class. I can't even remember my boy friends name. I don't know, it is not I am not interested of any girls, I just don't want to think much about it. But somehow, the stories are really interesting, even I don't know anything about it. I will just smile and try to understand it. It also gives me ideas for my stories. As a conclusion, I am just a passive listener among them and I don't mind it. Owh, and one more thing, I've start my Spanish class, it is interesting. My problem is to get a Spanish dictionary, there is no Spanish dictionary here at Batu Pahat. I hope when I get back later, I can get a Spanish dictionary, when I learn Japanese at my school, I don't need to get a Japanese dictionary because the text book have the meaning of the words. Now the Spanish text book didn't provide the meaning and the lecturer kept asking to find the meaning. I also now listening Spanish song.

Versi Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua, pada 2 entri sebelum ini mengenai pause, Hazwan bertanyakan saya tentang maksud sajak tersebut. Manakala kawan saya yang lain sering bertanyakan tentang bila saya akan pause blog ini, Sabarlah kawan, saya akan pause bila semua isu-isu penting diberitahu disini. Sebenarnya, saya ingin memberikan perhatian saya kepada novel pertama saya yang bertajuk 'Jadi Satu'. Entri sebelum ini sedikit lain kerana skopnya adalah tentang sesuatu yang serius, iaitu keagamaan. Saya bukanlah nak menjadi ustaz, [anonymous, saya faham gurauan anda, saya tak ambil hati pun.] hanya mengambil berat tentang keadaan semasa. Walaubagaimanapun, post ini kembali ringan. Ianya tentang perempuan. Pasal apa?

Baru-baru ini, ianya menjadi satu fenomena kepada roommate saya untuk berborak tentang perempuan. Masalahnya, saya tak faham apa-apa pun, saya tak mampu untuk mencelah dalam perbualan mereka, kerana saya tak tahu sangat tentang perempuan-perempuan dalam kelas saya. Sedangkan rakan-rakan lelaki saya pun saya banyak tak ingat nama mereka, apatah lagi perempuan. Tak tahulah, saya bukanlah tak berminat tentang mana-mana perempuan, saya hanya tak mahu memikirkan sangat tentangnya. Tapi kadangkala cerita-ceritanya sangat menarik, walaupun saya tak tahu menahu apa-apa tentangnya. Saya hanya akan senyum dan cuba memahami cerita tersebut. Kadangkala ia memberi ilham kepada saya. Sebagai kesimpulannya, saya hanya pendengar pasif dalam kalangan mereka dan saya tak kisah. Sebelum terlupa, saya telah pun mula belajar Bahasa Sepanyol, ia sangat menarik, masalahnya ialah bagaimana untuk mendapatkan kamus Sepanyol di sini, tiada kamus Sepanyol di Batu Pahat. Harap-harap nanti bila balik rumah, saya dapat membeli kamus tersebut. Bila saya belajar Bahasa Jepun di sekolah dulu, maknanya disediakan dalam buku teks. Sebaliknya di sini, lecturer yang menyuruh kami mencari maksud perkataan dalam buku teks. Sekarang juga, saya sedang mendengar lagu Sepanyol.

So...
Mata ne...
Hasta Luego...
See you later...

My Spanish Textbook

18 comments:

  1. jgn la kau risau... bile tibe mase nye...
    kau pasti merase... bahang api cinte...
    gambatte kudasai...

    ReplyDelete
  2. Seorang pecinta wanita pernah berkata "Pekara paling penting bagi seorang lelaki ialah hati seorang wanita".

    ReplyDelete
  3. Iqbal san, nihongo wakarimasen.

    ReplyDelete
  4. Jangan lah kamu mendustai diri sendiri, sesungguhnya perasaan untik mencinta dan dicintai adalah fitrah manusia, sedangkan Adam pun meminta untuk diciptakan teman untuknya.

    ReplyDelete
  5. Siapa kata diri ini tak ingin mencintai dan dicintai? Cuma diri ini tak mahu orang yang dicintai itu susah, kerana diri ini masih belum berkemampuan, diri ini sedar bahawa dia masih belum mampu untuk menyara orang, jangankan kerana cinta, PTPTN abis...

    ReplyDelete
  6. Untuk pelaburan masa hadapan, hohoho...
    Lagi pun, duit ptptn klu x digunakan utk itu, akan tetap habis juga. Harta x boleh di bawa mati. Kita perlu laburkan. Dan kalau si dia sudah bekerja atau SPA(dapat elaun setiap bulan) dia yg akan berbelanja utk kita. Apalah sgt jam murah dan cincin murah yg dibeli ditepi jalan itu?

    ReplyDelete
  7. Tidak semua orang berwajah tampan dan kaya seperti anda. Ada sesetengah orang risau tidak akn kahwin sampai ke tua kerana masalah tersebut. Mungkin jika anda tidak memilih siapa pasangan hidup anda sekarang, bila2 masa setelah anda bekerja anda boleh memilihnya, atau mungkin mereka yang akan datang mencari anda, tetapi bg mereka yg tidak kaya dan tidak tampan, jika ada yg gadis yg sudi meneriamanya, sudah tentu akn diikat dgn perjanjian terlebih dahulu supaya tidak disambar oleh org lain. Jangan anggap semua org kaya dan tampan sperti anda. Duit ptptn pun tidak perlu digunakan. Memang la jodoh itu di tangan Tuhan, tetapi kita perlu berusaha dan berdoa, baru lah tawakal. Kebanyakan guru2, doktor, pensyarah dan pelabagai golongan profesional pun bertemu pasangan mereka di Universiti. Kita bukan muda lagi, ayah dan pak cik2 kita dahulu sebaya dengan kita sudah bergelar suami dan bergelar bapa. Kita bukan muda lagi, lagi pun apabila habis belajar, mahu tumpukan pada kerjaya, di alam pekerjaan bukan sperti di alam belajar(Universiti), kita tiada masa langsung utk buat pekara lain, bahkan kdg2 utk melawat ibu bapa di kampung pun susah, anda mungkin tidak memahaminya kerana anda belum pernah bekerja. Kesimpulannya, biarlah apa yg kita buat mendapat keredhaan Allah S.W.T. Matlamat x menghalalkan cara. So kalau bercouple sekali pun, pastikan yg CINTA(kpd Allah) mengatasi cinta(kpd makhluk). Sekian wassalam.

    ReplyDelete
  8. mmg duit PTPTN akan habis juga, tapi berkat ke apabila dibelanjakan sewenang2nya? fikir2kan... saya yang tidak dibiaya sepenuhnya oleh PTPTN pun tahu duit itu bkn duit saya, sebaliknya duit org tua saya yang berpenat lelah mencari rezeki utk anknya yg tercinta, ada saya belanjakan sewenang2nya duit org tua saya? klu ada, igt2kanlah... dalam ingatan saya, saya masih x membelanjakan sewenang2nya duit org tua saya kerana duit itu digunakan utk menyara saya, bknnya utk teman wanita saya. Malah, duit tersebut masih berlebih2 x saya gnakan, klu saya nak menjolinya, sekejap sahaja boleh habis, tapi duit itu bkn duit kita, dan saya sedar tenggungjawab saya, paras rupa bknlah milik saya, tapi Allah, kalau DIA nakkan semula, siapalah aku untuk menidakkan qadar yg telah ditentukan, kalau saya ada mata pencarian yg tetap skrg, insyallah saya akan berusaha utk mencari teman. Malah, nabi kita pun suka tgk umatnya yg ramai kan??? tapi saya ingin belajar utk mendapatkan nafkah yg menyenangkan anak2 saya bkn utk menyesakkan anak2 kesayangan saya, pernahkah anda berfikir sejauh itu?

    ReplyDelete
  9. Sori, sekejap aku, sekejap saya, mungkin saya sedikit emosi menaip komen diatas...
    Maafkan aku klu ada ketelanjuran...

    ReplyDelete
  10. biasa la bal aku setuju dgn komen kwn2 ko yg lain,bila tiba masanya ko akn bercinta jg tp cinta kpd Allah ttp di hati.yg penting skrg ni kite bljr btul2 n bila dpt keje yg sesuai nnti kite sngkn mk abh kite dulu sbb diarg yg ssh pyh mnjaga n mmbsrkn kite tp lps brcnta jgn lpkn diaorg plk.tp aku xrisau sbb aku bleh agk byk org prmpuan yg minat kt ko ni...hahaha....juz kidding....jgn la ko pening2 psl hal, relax sudeh...hehehe...wah ko ske lagu n drama latin la gamaknye lps ni...hahaha....bal bile dh siap novel ko,pos la kt sini ye....hehehe.....keep it up....

    ReplyDelete
  11. btul tu wan, tp yelah, bknnya aku x ske prempuan pon, cuma aku blom bersedia utk memegang tanggungjawab tersebut. Diri sendiri pun x terjaga, nak jaga anak orang pula... satu lagi, tadi salah taip, patutnya qada' bkn qadar...jgn risau... aku pun bkn nak membujang sampai ke tua, aku pun nak merasa main2 ngan zuriat aku jgk nnt...

    ReplyDelete
  12. iqbal x pnah merasa cinta... god... yeke??? iqbal yg manis, bersuara lunak n memikat jiwa. bkan ko pnah merasa cinta ke?? tp juz ko x luahkan je... getaran cinta ko x kuat wahai sahabat... furthermore ko malu tahap dewa 20.... hahahaha...

    ReplyDelete
  13. Memang aku pernah menyukai seseorang, tapi aku pendam je sbb tkut aku x worth it... klu brsuara lunak, manis n memikat jiwa x dapat membahagiakan org lain wat ape kan? sorry klu silap... Sorry Unknown, aku x tau la ko sape...aku usya profile ko pn x mmbantu, bole kasi tau sape ni?

    ReplyDelete
  14. haha... menyukai x bererti memiliki... memiliki x bermaksud menguasai... menguasai x bermaksud menakluki... hahaha... b4 kte nak bahagiakan org pastikan kite dh rase bahagia kerana sukakan die... bkan terpakse menyukai dia... anyway u juz knoe except that i'm not worth to be noticed... unknown... dats y...

    ReplyDelete
  15. Pekara paling penting bagi seorang lelaki ialah hati seorg perempuan, tidak semestinya teman wanita... tetapi.. ibu... kat mana syurga? kan kat bawah tapak kaki ibu... ish3.. jangn lupa tu bal...

    ReplyDelete
  16. Ada aku cakap aku lupa ke?? mane...mane...mane... kan aku selalu cter yang mak aku selalu suruh aku nyanyi tyme aku kat rumah... x ingat? kang klu aku cter banyak kali muak pulak... tapi kita yang dah berakal ni kalau ibu bapa kita menyuruh berbuat kemungkaran, nak ikut ke? selagi tak melanggar syariat, ikutlah cakap ibu bapa... kalau ibu suruh cari jodoh, carilah jodoh... tapi kalau ibu suruh berdua2an, janganlah diikutkan... boleh menimbulkan fitnah... sebaiknya, janganlah menjerumuskan diri kita kedalam lembah fitnah... kau sendiri yang kata, kalau keluar dgn awek, rasa mcm uncomfortable... sbb apa? sbb org lain pandang semacam... tu boleh mengundah fitnah la tu... ingatlah, ibu bapa juga adalah seorang manusia, kalau mereka melakukan kesalahan, tegurlah...ingatlah, bapa nabi Ibrahim a.s juga adalah seorang pengukir berhala... tapi nabi Ibrahim tak sembah berhala pun, malah, apabila Ibrahim berdakwah kepada bapanya, dia diusir keluar...
    * teringat "lagu who next? your mother..."

    ReplyDelete
  17. Sorry, mengundang, bukan mengundah...

    ReplyDelete