Sunday, 19 July 2009

Senyumanku untukmu...


KITA!!! Akhirnya, cerita pendek berjaya juga disiapkan. Sebenarnya, cerita ini telah pun siap pada hari sabtu pukul 2.45 pagi, tetapi disebabkan tidak ramai yang membaca blog ini pada hujung minggu untuk meluangkan masa bersama keluarga dan yang tercinta. Saya tidak mengharapkan cerita ini akan jadi sebuah cerita yang menarik kerana ini adalah percubaan pertama saya mengarang cerita. Pastinya terdapat berbagai kelemahan dan kesilapan yang akan dikesan. Sebarang komen bolehlah diberitahu untuk memperbaiki lagi pada masa akan datang. Untuk mendapatkan cerita ini, anda perlulah memuat turun cerita ini. Tidak besar pun saiznya. 22.21kb sahaja berformat .pdf dan perlu dibuka dengan adobe reader.
Untuk memuat turun Adobe Reader, klik sini.
Untuk memuat turun Cerita yang bertajuk senyumanku untukmu, klik sini atau sini.
Untuk sedikit sinopsis, klik 'READ MORE'...
Diingatkan, cerita ini adalah cerita jiwang. Sesiapa yang tak berminat untuk membaca cerita jiwang, terpulang untuk memuat turun cerita ini. Ini adalah kali pertama saya berkarya dengan genre jiwang.

Johan telah pun berjaya menggapai impian dan cita-citanya. Zarina pula tidak mendapat apa yang dikehendaki. Apakah kaitan Johan dan Zarina?
HATINYA membuak-buak untuk mencari Zarina walau di mana dia berada. Persembahannya ada lebih kurang 5 hari lagi di O2 Arena. Dia baru sahaja melangkah keluar dan kini telah pun tiba di London Waterloo Station. Stesen keretapi yang sangat besar itu juga merupakan terminal kepada Eurostar International Rail Service yang menghubungkan London dengan Paris dan Brussels. Dia bercadang untuk mencari Zarina dahulu sebelum membuat persiapan konsertnya di O2 Arena kerana jarak Westminster dengan Greenwich agak jauh.
Mungkin setelah membaca sedikit "spoiler", anda telah pun dapat mengagak apa yang terjadi, tetapi saya berharap anda dapat membacanya dan memberi komen atau kritikan yang membina. Di hujung cerita, ada sedikit "special feature". Yoroshiku onegaishimasu...


Untuk pengetahuan, cerita ini diinspirasikan dari lagu ini,

I give smile to you - V6

12 comments:

  1. dpd overview yg ko bg aku rs cite ni cm best je.....aku xsbr nk bc cite yg penuh....keep it up....hehehe....
    p/s:lg v6 ni best la...hehehe.....

    ReplyDelete
  2. Pergh wan... ayat cam nak bodek je....

    ReplyDelete
  3. sejak bila iqbal tulis cerita jiwang ni???

    ReplyDelete
  4. bkn bodek la tp sokongan....
    lgpun aku mmg ske bc novel cite jiwang2 ni...hehehe....alamak kantoi sudeh....hehehe.....
    psl lg v6 2 mmg best, aku br je download tgh hr smlm.....

    ReplyDelete
  5. Abis tu, cter ni ko dah abis bce ke?

    ReplyDelete
  6. aku dh hbs bc, secara keseluruhannye agk menarik n sesuai dgn citarasa aku...tp aku rasa cite cm tergantung je atau ko nk smbung lg cite ni??????? klu wt novel, xda aral melintang, aku mmg bli novel ni.......bgus2...truskn usaha murni ini.....hehehe.....

    ReplyDelete
  7. Aku tak bercadang nak smbung lg cter ni... mmg ending die camtu, imagine mcm kat movie, abis je die nyanyi, kamera akan zoom out pastu abis...

    ReplyDelete
  8. perh!!jiwang nye!!tekejut farah bce..
    hahaha=p

    ReplyDelete
  9. Cerita baguslah Iqbal. Tapi K. Itah sokong previous comment, macam tergantung. Tak sangka ada bakat penulis dari keluarga kita yek!! By the way, how did you know all this places in London?

    ReplyDelete