Friday, 24 April 2009

Aku Masih Ingat (Post terpanjang setakat ini, tapi paling bermakna sekali buatku tiap-tiap bait katanya)


Post ini asalnya aku nak buat dwibahasa, tapi macam panjang sangatlah... (I'm sorry there is no translation for this post, but this post is really interesting. Go and find Malay translator...hehehe...)
Macam mana nak aku mulakan...
Baru-baru ni aku ada baca blog rakan se-batch dulu masa kat SDAR(Kotok, kalau ada yang kenal), dia bercerita tentang betapa rindunya dia semasa di SDAR. Aku juga ingin berkongsi cerita yang hampir sama dengannya, cuma kepada orang-orang tertentu sahaja(tapi bukan gay ye, mentang-mentang la aku sekolah lelaki...). Aku nak bercerita tentang perjuangan aku semasa di sekolah dulu. Tapi aku rasa lebih tersusun kalau aku letak "sesuatu" di depan tiap ayat.


Aku masih ingat, semasa masih mentah, kita dipertemukan ,atas dasar hormat pada senior kita bekerja bersama, tanpa sasaran, tanpa matlamat, arahan hanya dituruti.
Aku masih ingat, persembahan pentas kita yang pertama, pentas dipenuhi dengan ahli kita yang ramai, mendendangkan lagu "kawan" dengan hanya aku yang jadi 2nd voice kerana aku seorang sahaja yang ada asas koir (terima kasih cikgu Zahari).
Aku masih ingat, pertandingan daerah kita yang pertama. Kita hanya berusia 14 tahun sahaja ketika itu. Tanpa jurulatih, kita bawa lagu "Kawan" dan lagu pertama ciptaan aku, "Akhlak Mulia Wawasan Negara". Kelakar betul ketika itu kerana aku nak menafikan lagu itu lagu aku kerana sungguh tak sedap. hahaha... tapi aku masih ingat rhytm "akhlak mulia wawasan negara".
Aku masih ingat, lagu kedua aku, semakin baik dari sebelumnya, "Kisah Kalamullah".Terima kasih kepada Firdaus Mahani yang menolong aku menulis lirik. Aku jadi semakin semangat untuk mencipta lagu. Namun untuk pertandingan nasyid antara kelas, aku masih menggunakan lagu2 Cikgu Zahari yang aku claim sebagai lagu aku (Sorry Cikgu Zahari).Aku nak budak2 kelas semangat je.
Aku masih ingat, ahli kumpulan kita semakin berkurangan menjadi 5 orang dan kemudian masuk pula Firdaus Mahani menjadikannya 6 orang.
Aku masih ingat, betapa stressnya aku kerana kekurangan komitmen daripada lead vocal kita, Jeadi.(Jangan marah ye Jeadi...). Dan untuk pengetahuan kamu, air mata pertama aku yang pertama kali tumpah di bumi SDAR ialah ketika zaman itu. Yang paling penting...
Aku masih ingat, semasa kita berumur 15 tahun, kita telah berjaya mencipta hit terbaik kita, "Khulafa' Ar-rasyidin". Mana mungkin aku lupa lagu tu yang ade orang yang mahu membelinya dan aku tanpa berkompromi terus menolak tawaran tersebut. Lagu itu bukan aku cipta untuk mereka, aku cipta untuk SDAR. Percayalah, lagu tu masih diguna pakai untuk junior2 kita bawa ke pertandingan. Mereka guna percuma sahaja, tanpa sebarang bayaran. Sebenarnya lagu itu aku buat untuk menegur secara sinis kepada orang2 yang menyalahguna kuasa yang diberi.
Aku masih ingat, bagaimana aku terpaksa membuat keputusan untuk menggugurkan Firdaus Mahani demi untuk kebaikan bersama. Dia terlalu tone deaf. Sumbang yang keterlaluan.(Sori Daus..) Tetapi mujurlah Daus seorang yang baik dan mampu menerima keputusan majoriti kita. Mana mungkin aku lupa ayat2 mengapi2kan Daus yang dilafazkan Atif dalam perjalanan pulang ke Dorm selepas solat maghrib. hahaha...
Aku masih ingat, sejurus selepas "pemecatan" Firdaus Mahani, kita berjaya mendapat tempat ke-3 dalam daerah kita dan sekolah lain mula memandang kita dengan serius walaupun ketika itu aku sakit tekak dan buat kesilapan ketika part solo aku (aku ingat lagi...). Lebih-lebih lagi, ketika itu SMAP Labu sedaerah dengan kita. Aku pun telah berjaya menyelami sedikit sebanyak tentang 3rd voice menerusi pendengaran dan pengamatan daripada lagu2 berharmoni yang aku dengar dan aku ajarkan kepada Atif.(asalnya Firdaus)
Aku masih ingat, bagaimana sekali lagi aku terpaksa membuat keputusan untuk "memecat" ahli yang paling setia, komitmen, tak banyak songeh dan lain-lain lagi iaitu Hanif Asyraf. Aku terpaksa Nep, bukan aku nak. Suara kau terlalu rendah frekuensinya menyebabkan getaran yang terjelma dari speaker terlalu kuat. (Nep, sori ayat aku kasar sangat...). Maka kini tinggal empat sahajalah kita.
Aku masih ingat, Miss Azie ketika itu cuba mengambil alih selaku guru nasyid. Miss Azie memang seorang yang baik, namun aku rasakan aku tak satu arus dengannya. Mana mungkin aku lupa yang aku merajuk tak mahu masuk pertandingan gara-gara Hasnur Hakim. Malah aku tak ingin mendengar persembahan itu, maksudnya datang tengok pun tak mahu. Tetapi aku masih mengizinkan lagu aku digunakan. Pagi hari pertandingan itu, aku berselisih dengan Miss Azie tapi tak tegur pun. Akhirnya SDAR dapat tempat ketiga. Orang cakap kalau aku ada, mesti dapat nombor 2. Bagi aku kalau aku ada ke,kalau nak dapat nombor 3 tu, dapat jugak.
Aku masih ingat, hubungan kita semakin rapat selepas itu kerana susah senang kita bersama. Mana mungkin aku lupa, kita main ragbi kat parking lot time orang lain prep malam sebab nak tunggu dewan clear. Aku tak mungkin lupa yang kita duduk kat apartment guru pasal dapat line buat latihan time cuti (yang ni aku tak berapa pasti). Tapi masa di apartment tu aku ingat lagi aku buat lirik sambil dibantu oleh Azim. Itu aku takkan lupa beb. Kau kena baca post ni juga sebelum kau "fly to India". Tapi lambat lagi, bulan Ogos. Aku ingat lagi aku asyik tanya kat kau "Okey tak bunyinya(suku kata) ni?" Kau pula berkata "Okey, okey, okey...". Kenangan manis tu bro.
Aku masih ingat, kita selalu langgar peraturan sekolah dengan balik dorm lambat sebab praktis kat dewan sampai Cikgu Sahak suruh 'clear', baru kita 'clear'. Pastu kita buat bawah dewan tu port praktis kita pula. Kalau dulu tempat tu sarang lipas, sekarang budak2 junior cakap dah jadi sarang ular dah pun (mak aih...). Aku ingat kita selalu berangan nak buat studio rakaman kat SDAR untuk budak2 nasyid.
Aku masih ingat, kita nak kumpul lagu2 kita, nak buat album(ke...aku sorang je yang nak). Tapi sori, banyak lagu yang aku tak ingat. Sebab rakaman2 pertandingan dan persembahan kita banyak dah hilang. Aku pun tak pasti kat mana aku cicir, aku pun rasa macam nak nangis je mengenangkannya. Kita juga ada berangan nak buka bisnes bersama.
Aku masih ingat, kita keluar duit sendiri nak beli baju melayu yang seragam la kononnya, tapi akhirnya, 2 pasang je yang sama, maksudnya, nanti kat atas pentas tu ada 2 design la...
Aku masih ingat, airmata aku tumpah lagi di bumi SDAR ketika tahun akhir di situ iaitu ketika berumur 17 tahun. Semuanya gara-gara aku gagal mengawal tekanan emosi sehingga Atif terasa hati dan ingin menarik diri dari kumpulan ini. Sori sangat2 Atif. Aku rasa lepas tu dah reda sikit kot marah2 aku ni sebab takut Atif lari lagi, kau rasa macam mana Atif?
Aku masih ingat, sampai ke tahun akhir kita tak merasa jadi juara.
Aku masih ingat, sampai persembahan terakhir kita, barulah HM(pengetua) nak puji.

Tapi bagi aku itu semua bukanlah keutamaan sebenarnya. Hidup ni ada babak2 masing2. Babak2 kita bersama sukar dan suka menjadikan kita lebih matang. Sekarang masing2 sedang mengejar laluan masing2. Babak itu sememangnya sedap kerana cukup manis, masin, masam, pahit dan sebagainya. Harapan aku janganlah babak2 itu disunting kerana tidak lengkap kisah kita. Aku, selagi pasukan nasyid SDAR memerlukan aku, aku sedia menghulur apa yang termampu,(duit tak mampu lagi...). Budak2 junior kita pun dah dapat merasa tempat pertama sebab SMAP Labu dah tak sama daerah dengan SDAR. Tapi masih menggunakan lagu "Khulafa' Ar-rasyidin" dengan lagu baru aku, "Ke sana".
Semasa menaip ini, air mata bergenang je. Betul la apa yang Kotok cakap kat Blog dia. Masa di SDAR, asyik nak balik sahaja. Tapi bila dah tinggalkan SDAR rindu bukan main lagi. Jeadi, aku tahu kau masih bergiat aktif dalam nasyid kat U kau. Atif, tak berapa nak dengar cerita. Azim, tahniah sebab jadi One of the best student kat tempat kau. Aku tahu kau memang hebat. Dari penyanyi biasa, aku tukarkan kau jadi bassist.

Aku masih ingat, Jeadi yang suka datang lewat training, Atif yang suka lepak kat bilik PA System, Azim yang bijak dan dedikasi, Hanif yang tak pernah merungut pasal training, aku tak pernah lagi dengar Hanif merungut pasal training, bergurau banyak la...kalau aku cakap ada training je, mesti dia kata "Oh, okey..."dan Firdaus yang sentiasa bersemangat.

Aku tak akan lupa....
Aku? Dimana kaki ini menuntunku, di situ lah aku berada.Member aku selalu tanya kenapa aku dah tak join nasyid kat U aku ni, jawapannya adalah kerana koranglah yang terbaik pernah aku ada.....
Dan buat budak2 junior pula(kalau ada yang baca blog ni la), janganlah korang hilang semangat...

Sabtu, 25 April, 4.56 a.m

p/s: buat budak2 nasyid yang ada baca post ni, pergilah infinitesane group, linknya kat post sebelum ni, aku ada bertanyakan sesuatu...


Rakaman Persembaha...

*ni rakaman persembahan terakhir kita setakat ni kat SDAR. Kalau nak download lagu ni dgn lagu ke sana, silalah ke infinitesane group, klik je gambar kat post sebelum ni @ klik gambar kat tepi kanan page ni kat bawah gambar kaler ungu2 tu...

28 comments:

  1. kalu di ingat balik...seriously aku x jamin bole ingat semua flow student life kat sdar dlu....nseb bek ko list kn kat post ni...hehe..iqbal thanx 4 evrthng!n maaf bnyk2 ye ..hehe.dlu tu msh bdak g kan..hehe
    actually, aku bngga jg la bl dgr dak2 junior kt dpat stand yang bgus kat daerah SEREMBAN 2..haha.anyway skrang pn kalu ada training nasyid,AKU TETAP LAMBAT...:)

    ReplyDelete
  2. Hahaha...
    Kau tetap kau...
    x pe la anonymous J, yang penting ko maintain...
    maintain lambat...

    ReplyDelete
  3. atif sdarian 02625 April 2009 at 22:07

    hahahaa...
    kutuk ak eh...
    xpa2...
    actually ak pon rasa berslh kat korg semua...
    tp nak wat cmner masa dah lpas..tp klu masa 2 blh diulang blk, mmg ak nak suruh ko ajar ak third voice smpi ak bleh wat sndr..hehe..
    skang ni ak still bernasyid jgk kat uitm ni tp x sedap lgsg..
    keharmonian suara 2 xda..
    drpd 2 br ak terpikir betapa berharga nya korg sbgi kwn ak kat sdar dulu..
    bila ak layan nasyid jer mst ak igt kat korg...
    ak ada gak test nak wat third voice sndr tp x jadila..hehe
    apa2 pon korg semua ttp kwn ak yg da best dan bagi ak wlupun team kita ni x brapa berjaya tp tetap team nasyid terbaik yg ak penah ada...
    ok..got 2 go..lain kali ak komen lg..
    tulis la blog byk2 lg..hehehehe...
    ok..assalamualaikum...

    ReplyDelete
  4. hahaha...
    igt, 3rd voice bunyinya mendatar je...tapi bkn flat...
    wah... masih bernasyid lagi ye...bgus3... aku rasa kalau aku nak terlibat dgn persembahan pentas pun, aku akan berdiri atas nama sendiri... dgn korang je aku akan brdiri atas nama group...
    tapi aku kgum gak dgn bdk2 junior kite, mmg taun lepas diorg ada trainer yang bgus, tp diorg blaja setahun je... pastu skrg dh x de trainer dah... tp harmoni diorg gempak seyh...
    akhir sekali, ko join la goup aku... jeadi pon same, br la boleh still connected...

    ReplyDelete
  5. Walaupun aku bukan bdk SDAR tapi aku sedar betape pnjg post yg tlh ditulis oleh beliau...

    ReplyDelete
  6. wahh cikgu zahari~ dh lame xdenga name tu.
    eekk claim lagu cikgu zahari lagu ko?
    plagiarism!
    -reports kt cikgu zahari- :P
    btw, sdap ar nasyid korg especially part lps "trimalah lagu tbaru dr kami blablabla..."
    -thumbs up-

    ReplyDelete
  7. Alah 3 taun pertama je aku buat keje cam tu...
    x bawak kluar SDAR pon...lagu cikgu Zahari tu...

    tu lah hasil usaha kitorang selama 4 taun setengah lebih kurang...

    Arashi chan, aku dah dgr lagu V6 baru, ada sedikit ke-Arashi-an skit, x pe la... Jhonny jgk...

    ReplyDelete
  8. haa..btol la ko bal..
    byk gak la jase ko kt ktorg..
    really appreciate dat..
    yela..klu bkn sbb ko...
    ak x join nsyd nie..
    igt lg dlu..start' ak maen prcussion je..
    i2 pon amat yg ajk..
    haha..tp xpela..
    tp ape yg ko cte psl jeadi 2..mmg btol la..
    smpikn ak kne kjut dye kt dorm..xpe2..
    4 da sake of group...
    thnx la bg ak pluang,,..
    skunk nie pon..ak dh blja la..
    psl harmony nie..god will'..
    dh xpert dh pon..
    huh..ok la..
    gdlck ek...
    salam..

    ReplyDelete
  9. panjang gla ebal taip,
    nak nyanyi lagu "mashkah kau ingat"

    ReplyDelete
  10. sedey aku dgr citer ko.... hu..hu...serius ko mmg byk berjasa kat nasyid sdar smpai skrg... kalu bleh, wat la jase lg..(nk bodek) he..he.. tolg la wat lagu kontemporari yg plg sedap untk kitorg.. pastu, pas abis exam, kalu free, dtg la sdar... bleh train kitorg lagu yg ko wat tu... kitorg sume tgh menunggu kehadiran ko.. he...he... kalu nk bayaran, nnti kitrg mntak ustazah.... kalu ustzah x bg, kitorg gune duit kitorg sendiri..kitorg tgh semangat ni mnnti kehadiran ko.. he..he..

    ReplyDelete
  11. hahahahhaa.....
    majulah nasyid untuk sdar....go go go!!!
    ( kepada sapa yg dah expert paduan suara 2, tolong arrr ajar ak third voice..)hehhehe..

    ReplyDelete
  12. nak daus nak daus nak daus... ebal kejam.... nak daus!!!!

    ReplyDelete
  13. siot je... nada provokasi tu...

    ReplyDelete
  14. salam...so, lagu kitorang sume da ada..tunggu nak masuk dlam playlist ko jek..tunggu jelar...kitorang team nasyid sdar mmg nantikan lagu ko nie..klau dapat,kira bertmbah laa jasa ko kat kat sdar nie lagi2 dlm nasyid...majulah nasyid tok sdar

    ReplyDelete
  15. Da letak da skit..dgr jelah yang mana sedap..

    ReplyDelete
  16. okey, dah jumpe...tapi situ dah banyak SPAM la.. hati2 yek...

    ReplyDelete
  17. ade pape nak komen..komen jek..aku ngan najmi nak tau...hehe

    ReplyDelete
  18. klau lagu yg tulis V00...bla2 tu..kitorang nyer gak..malas nak tulis tajuk..dgr jelaa...

    ReplyDelete
  19. Okey...ada yang 3rd voice kdg2 x brape nak dgr... pastu, lagu khulafa' ar-rasyidin korang tukar lirik ye? okeylah...x dgr abis lagi...lagu baru pun baru separuh siap, dah nak dekat final exam la...

    ReplyDelete
  20. Siot punyer internet...aku x leh download abis...download separuh je die stop...

    ReplyDelete
  21. Satu lagi, harmoni okey, tapi kalau solo tu kurang lunak dan penghayatan...kalau solo, jgn nyanyi mcm nyanyi harmoni...

    ReplyDelete
  22. sdey nyer citer nih..haha..tp,mmg btol sekarang nie ble da kuar skolah mmg sdey klau tekenang kt sdar..owp lupe plak..,aku nie junior ko..ko x knal aku kot,tapi aku mmg peminat ko dan taem ko time kt sdar dulu..mmg bez r suare korang!! haha..err 3rd voice yg kt lagu khulafa' ar-rashidin tu aku la..tp x smantap atif laa..hehe

    ReplyDelete
  23. Wah...terharunye aku apabila group aku ade peminat... x sangka betul, terima kasih la...aku dah dgr dah korang pnyer harmony...not bad la... atif tu pun klu nak bnding ngan zaki, zaki lagi bgus kot...Atif tu hafal je ape yg aku ajar...
    tapi aku dah add ko kan dkat myspace ko...
    klu bole, biar sume bdak nasyid sdar aku bole contact ye? Aku pun bkn siapa2...org biasa je...

    ReplyDelete
  24. haah..thx r add..add r ejat plak, dye dak nasyid gak.oh zaki mmg r..dye ngan najmi r byk ajar aku..thx r kt diorang ngan ko skali...haha

    ReplyDelete
  25. ejat? aku tak tau la...ade kat member ko ke? nnt aku check...

    ReplyDelete
  26. haha..aq baru denga lagu kitorang yg syafiq ltak kt ko nyer blog nih..tetibe tekenang plak(sedih)..tapi yg sumbang giler pon dye ltak gak haha..

    ReplyDelete